Tuesday, December 6, 2016

Graduation & School Concert : Tadika Tinta Emas, Seksyen 9, Shah Alam.


*********************************************
GRADUATION DAY AANISAH SYAHMINA
*********************************************

Syahmina mula mendaftar di Tadika Tinta Emas masa berumur 4 tahun yang mana ianya khusus untuk Montessori Class. Alhamdulilah banyak yang dia belajar dan kelebihan mengikuti Montessori Class di Tadika Tinta Emas boleh dipuji dan di gred kan sebagai A+. Terima kasih pada team Tadika Tinta Emas.

Alhamdulilah, diam tak diam, akhirnya sampailah Syahmina berusia 6 tahun dan dia pun dah pandai membaca, menulis, mengira, melukis dan berkreatif dalam caranya. Kali ni, persembahan Syahmina adalah nyanyian 'Because You Love Me' dari Celine Dion. Hari2 kat rumah dia dok hafaz dengan gaya2 sekali. Nasib baik uminye ni mmg pandai komen, cuma tahan atau tak lah telingan tuh...hahaha..

Majlis Graduasi kali ni, telah jayanya dilksanakan di Dewan Jenjarum, Seksyen 11, Shah Alam. 
pag ramai sebab kali ni, gabungan cawangan Tadika Tinta Emas (TTDI dan Subang Jaya) berkumpul sekali. Meriah sebab dengan ragam dan aneka karenah anak2 yang lain. Hehehe. 


Sijil dan Hadiah disampaikan sendiri oleh Pn. Sy. Ummu Hani, Founder TTE


Tahniah Kakak.....Proud of You, Sayang.



Hadiah untuk Aanisah kerana telah berjaya pencapaian membaca Al-Quran dalam kelas Iqra'


Khusyuk sangat si Adik melihat persembahan kakak dan abang.
Aktiviti merakam persembahan anak memang sudah semestinya.



Tuesday, July 19, 2016

Citra Spice Mart : Macam - macam ada

Kepada semua penggemar rempah ratus...ummi nak recommend satu mart di Brickfield, Kuala Lumpur. Memang pelbagai jenis rempah ratus dijual dan yang paling best..kebanyakkannya dibawa terus dari India. Dapat tahu kedai ni dari my offismate sebab teman dia pergi beli barang untuk buat vadey gebu.

Hadapan kedai..memang berbeza dari gambar website..ini yang terkini.
Ada yang tiada di Tesco @ Giant Hypermarket..banyak variasi serbuk rempah ratus


Kedainya besar dan label item dipaparkan tapi kene tanya sebab dalam Tamil Words.


Memang nampak fresh dan asli

Kenal x?...Buah pinang yang telah diracik2 pun ado


Sesiapa yang berminat boleh terus semak dan membuat lawatan rasmi ke website di bawah. Hihihi...




Jamuan Raya Kolej Komuniti Kelana Jaya

Makan, makan dan makan. Selagi tak habis raya, mesti nak makan selagi boleh...Macamlah habis raya dah tak makan. Hahaha....Pada 15 Julai 2016 Kolej Komuniti Kelana Jaya telah menganjurkan Jamuan Raya : Pot Luck Style yang diketuai oleh ummi lah sape lagi kan...kalau perihal makanan ni, memang tak boleh lari dari hidupku...hahaha...

Pembahagian Menu memang dibahagi sama rata, adil dan saksama...Antara menunya adalah :

  • Nasi Himpit +  Rendang Ayam Merecik
  • Lontong sedap gojes
  • Ketupat Pulut + Serunding Daging Meletop
  • Spaghetti Bolognese mengancam
  • Lemang Sado Gebu
  • Kuew Teaw Goreng enak
  • Vadey Gebu makan panas - panas
  • Brownies Cake with Ferrero Roche
  • Kek Lapis Homemade
  • Tembikai
  • Kuih Raya + Kerepek
Menu sedap yang boleh makan 10 round.....


Semuanya dimasak sendiri. Alhamdulilah walaupun tidak besar - besaran tetapu cukup mengenyangkan kerana dimasak dengan kasih sayang. 

Bersama my kakak Timb. Pengarah yang menten cun
Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis...Tuan Pengarah
Alhamdulilah menu yang amat sedap dari warga KKKJ


Sebelum makan kita meeting dulu okey!..Botol tupperware tue pun enter frame sekali.


Air.....air...air...tokey air dah buka kedai..air memang torbaik....Sambil diperhatikan oleh tokey serunding daging (tidak bersongkok).

Terima kasih di atas kerjasama kawan - kawan semua. Insyaallah tahun depan jamuan raya kita kasi meriah dan pecah panggung...hahaha





Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau tak silap hari ini 19 Julai (Raya 14). So sekarang ni mesti banyak rumah2 terbuka untuk dimakan. Opppppsss, bukan makan rumah k. Hahahaha.... Dah lama tak update so ari ini nak lah kemaskini gambar raya yang sangat meriah!!!!..Meriahlah sangat.

Apa yang best tahun ini sebab ummi beraya kat kampung sendiri, Melaka Bandaraya Bersejarah. (Nasib baik dapat bodek Encik Suami, I Love u lah!). Hari ahad dah balik Melaka sebab nak tolong mak abah buat persiapan raya. Abah dah uzur sangat, memang kasihan so rasa tanggungjawab yang terlalu tinggi membuatkan nak balik awal. Sebenarnya memang rasa sedih sebab mak memang akan berhempas pulas untuk buat yang terbaik setiap kali raya, walau dah dihalang untuk berkemas2 dan bersiap ala kadar tapi mungkin dah biasa, kami layan kan saje. Orang melaka memang suka berkemas. Betul ke?....Kalau betul angkat tangan sape orang Melaka.. Hahaha.

Bersama abah dan emak di Pagi Raya 2016. Mmmuuuaaahh!!!!

Biasanya aktiviti di pagi raya kami akan buat food preparation dan lepas solat sunat aidifitri kita bersalaman bersama adik beradik dan ipar duai dan yang paling penting ngan abah mak lah. Adik beradik umi 4 orang, semua dah kawen. So, meh sini nk introduce adik beradik yang super duper encem dan gojes.

Dari Kiri : Kaklang, Along, Angah, Moksu (paling comey)...hikhik
Along dan Kaklang dari Klang, Angah dari JB dan Moksu dari Shah Alam Peace Yo!!!.. Hehe...Inilah kami berempat. Jarak antara kami jauh2 so kami ni boleh dikategorikan adik beradik yang skema skemon walau kadang2 mulut masing2 laser tahap maksimum!.Gaduh mulut itu perkara biasa... Sekarang nak kenalkan my ipar duai yang meletop!!...

Dari Kiri : Paklang, Makngah (Mak Kina), Kaklong & Poksu (paling encem!!)..

So kalau tengok gambar ni yang paling over tue mesti dah tahu siapa kan. Hahaha..Jangan marah ye kak ngah ku (mak kina)...Tapi semuanya baik hati body..hahaha...Paklang (terlebih peramah) dan Mak Kina (terlajak comey) orang Melaka. Kaklong (tokey Avon) org Tepeng dan Poksu (Kaki Pancing) orang Jowo Tjg Karang...Tapi rumah yang paling bersih, boleh di gredkan sebagai rumah tanpa habuk adalah rumah Kaklang dan Kaklong sebab tagline mereka adalah "Mop di tangan"..hahaha...tp apa2 pun rumah mak kina yg paling glamor..haha..rumah umi pun best gak sebab yang paling tinggi antara rumah depa semua..hahaha..Ko hado...

Ok lah raya tahun ini, kebetulan kami semua bertemakan biru. Memang tidak berjanji dan tidak disengajakan sebab family ummi memang buat kepala masing2 kalau bab baju raya ni. Cuma tahun ini, tema warna sama (good instinct) maybe. Nah tgk gambar kat bawah ni, sambil tue boleh baca caption yang boleh gelak guling2..


My happy family..si adik tue x nak bangun sebab malu katenye..adoi...hilang gojes umminyer...(gojes ke?)
Ni trend raya berdiet sbb tak boleh makan ketupat & rendang, mangga pun jadilah.. (credited to Mangga Rumah Mak Teh)

Abg iparku yang menunjukkan cara2 petik buah mangga...mcm dah selalu jer buat..hahaha..


Ini Maklang (kakak emak)...pandai wefie..bagus2...x sia2 buat kursus pendek..tp kalau cakap ngan maklang ni, kene cakap kuat2...(faham2 jer lah)..tp maklang mmg rajin mengemas....(adik beradik sama jer)

Cantik tak?...mestilah cantik..my niece is still single and available...do contact me for more details..hahaha (jangan marah na Aziera)

Bajet hensemlah konon...yang ini pun single gak, bolehlah cuba2 nak masuk line tp bukan yang bersongkok tu. Kalau nak gak yang bersongkok tue, bolehlah cuba, nanti kaklong kawasan (mak kina) kasi tapau....hahaha..
2 orang ni adik beradik susuan....ibu susunya adalah ummi sendiri. Aanisah Syahmina 3/8/10...Alif Firas 13/8/10..bezanya cuma 10 hari dan sama2 berpantang dengan kaklang...
My niece Ayuni, selalu curi2 selfie guna hp Oppo F1 Ummi tau....yg kt bklg tue pantang ade camera, nak enter frame ajo.....hahaha
Wefieeee....bila dah jumpa geng cousin...inilah aktiviti mereka...macam2 gaya...tp comey2 semuanya... dari kiri : Afza Firzana, Aanisah Syahmina, Nur Aina Ilyanie
Memang menang bergambau...tp yang paling vogue bergambar sape?...cuba teka?...
Inilah keluarga Abu Bakar Saidin & Yang Pon Binti Chinta...Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2016 semoga kekal bahagia selamanya. Insyaallah..Aamin

Tuesday, June 14, 2016

IFTAR di Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall

Salam 10 ramadhan, cepat masa berlalu. Waktu - waktu bulan ramadhan ni ramailah pemilik atau pengusaha restoran ambil kesempatan untuk menawarkan pelbagai jenis buffet ramadhan dengan harga yang berpatutan (tapi ada yang mahal..hehehe). 

Semalam ummi berkesempatan untuk mencuba buffet iftar di Cafe Cerita Ramadhan di Anggerik Mall, Shah Alam. Kebetulan sebenarnya, sebab ummi survey untuk IFTAR KK Kelana Jaya, tup tup ummi yang rasa amat tertarik dengan harga yang ditawarkan.

Cafe Cerita Ramadhan menawarkan lebih kurang 28 menu yang sangat menarik dan tempatnya pun sangat selesa. Yang paling penting ada kemudahan surau dan selesa. Alhamdulilah. Antara menu - menu yang telah berjaya disumbat dalam perot ummi sekeluarga adalah :


  • Nasi Beriyani (ayam & daging lembu)
  • Nasi Putih bersama lauk pauk spt ayam msk merah, masak lemak nangka muda, ikan kembung berlada, ulaman, sambal belacan.
  • Laksa Johor
  • Soto
  • Kuih Muih
  • Macaroni Goreng
  • Buahan
  • Bubur
  • Kambing bakar (wajib ada)..hehe..tgk nama kedailah
Makanan yang disediakan mmg sedap dan puas hati. Rasa amat berbaloi - baloi dengan harganya. Untuk makluman semua, harga untuk dewasa adalah RM 28 sahaja dan yang paling best kanak - kanak 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!!!.... So kalau anak - anak u all 7 tahun dan ke atas, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 14 seorang. Murah kan....

Ok lah biar gambar berbicara dan kepada kawan - kawan atau kenalan ummi yang berminat bolehlah terus menghubungi no telefon yang tertera pada bunting di bawah. 


Ruangan 1 : Meja Bulat (Biasa untuk tempahan berkumpulan)

Pelbagai jenis kuih muih dan ada bubur serta buahan

Kaunter Pendaftaran

Setiap meja akan diletakkan nama penempah dan sepiring kurma

Ruangan Nasi putih + Lauk Kampung

Persiapan oleh krew Cafe Cerita Kambing

Ruangan 2 : Tempahan Individu dan Family

Laksa Johor dan Soto Ayam Sedap

Thursday, June 9, 2016

RATU SELFIE...

Kalau baca tajuk mesti kawan ummi Khalsa Afariza (Kak Riz) dan Fairuz (Pai) akan gelak. Sebab gelaran ni dia orang yang bagi. Depa dua ni kawan rapat ummi sampai sekarang, kami kenal sebab sama - sama di KK Shah Alam. Tapi sekarang kami dah terpisah. Susah dan senang kami bersama. Hehehehe.....Jangan sedih2 yer Kak Riz dan Pai, chewahhhh.....Nak tengok tak, gambar Kak Riz dan Pai???....Jom..



Inilah KAMI. Geng gojes2 KKSA. Pai yang tengah dan Kak riz sebelah kiri Pai. Semua cantik - cantik kan. Yerlah tgk tu, ummilah paling tombam dan gumuks. Kami ni gila - gila, tp yang penting kerja tiptop dan meletop. Student selalu panggil kami ni kembar. Rindu sangat kat korang.


Yang paling win gambau nie, selfie dimana - mana. Masa ni ada jamuan raya, dan kami excited sangat dapat lagi yg teruna tue, so sampai selfie dalam lift. Ko ader???...Teruna sorang tue Nazrul namanya, hehehe...tagline dia "hitam itu menawan"..hahaha...tp dia tak teruna dah.....Rul jangan marah yer.


Ngan student pun jadi selfie. Tengok tue suka sangat selfie sampai student pun dah faham. Gara - gara selfie ummi siap beli monopod tau. Hahaha...


Lagi dan lagi selfie. Sambil berjalan pun jadi. Kat belakang tu buat penyeri gambar ye. TQ lah layan lecturer awak yang suka berselfie ni. Hahaha.


Ummi suka bergambar, pantang nampak orang pegang camera, siaplah jadi mangsa. Hahaha. Padahal bukan sebab ummi cantik ke ape ke. (gumuks is auwsome), tp cuma seronok bila dapat bergambar dan bukti pengalaman yang tidak akan dapat di mana - mana. Orite, sampai di sini..nanti sambung lagi. Babai.


Dulu dan Kini masih di Kolej Komuniti.




Ya Allah....hampir 5 tahun meninggalkan dunia blog, akhirnya diberi rezeki yang sangat kuat untuk menulis segala yg lama tersimpan dan terpendam. Alhamdulilah sekarang ummi masih di Kolej Komuniti tetapi telah bertukar ke Kolej Komuniti Kelana Jaya. Dalam masa 5 tahun pelbagai cabaran, kegembiraan, kepayahan dan kesedihan yang telah berlaku. Kalau nk cerita panjang so ummi akan cerita sedikit demi sedikit bergantung pada memori ummi ni. Maklumlah umur makin lama makin bertambah kan, hehehe. Rezeki anak masih diteruskan dan alhamdulilah sekarang telah berjaya memiliki sepasang cahaya mata comey2....hehehe..ok lah..nti sambung lagi k. Selamat Berbuka Puasa semua. InsyaAllah.