Tuesday, June 14, 2016

IFTAR di Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall

Salam 10 ramadhan, cepat masa berlalu. Waktu - waktu bulan ramadhan ni ramailah pemilik atau pengusaha restoran ambil kesempatan untuk menawarkan pelbagai jenis buffet ramadhan dengan harga yang berpatutan (tapi ada yang mahal..hehehe). 

Semalam ummi berkesempatan untuk mencuba buffet iftar di Cafe Cerita Ramadhan di Anggerik Mall, Shah Alam. Kebetulan sebenarnya, sebab ummi survey untuk IFTAR KK Kelana Jaya, tup tup ummi yang rasa amat tertarik dengan harga yang ditawarkan.

Cafe Cerita Ramadhan menawarkan lebih kurang 28 menu yang sangat menarik dan tempatnya pun sangat selesa. Yang paling penting ada kemudahan surau dan selesa. Alhamdulilah. Antara menu - menu yang telah berjaya disumbat dalam perot ummi sekeluarga adalah :


  • Nasi Beriyani (ayam & daging lembu)
  • Nasi Putih bersama lauk pauk spt ayam msk merah, masak lemak nangka muda, ikan kembung berlada, ulaman, sambal belacan.
  • Laksa Johor
  • Soto
  • Kuih Muih
  • Macaroni Goreng
  • Buahan
  • Bubur
  • Kambing bakar (wajib ada)..hehe..tgk nama kedailah
Makanan yang disediakan mmg sedap dan puas hati. Rasa amat berbaloi - baloi dengan harganya. Untuk makluman semua, harga untuk dewasa adalah RM 28 sahaja dan yang paling best kanak - kanak 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!!!.... So kalau anak - anak u all 7 tahun dan ke atas, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 14 seorang. Murah kan....

Ok lah biar gambar berbicara dan kepada kawan - kawan atau kenalan ummi yang berminat bolehlah terus menghubungi no telefon yang tertera pada bunting di bawah. 


Ruangan 1 : Meja Bulat (Biasa untuk tempahan berkumpulan)

Pelbagai jenis kuih muih dan ada bubur serta buahan

Kaunter Pendaftaran

Setiap meja akan diletakkan nama penempah dan sepiring kurma

Ruangan Nasi putih + Lauk Kampung

Persiapan oleh krew Cafe Cerita Kambing

Ruangan 2 : Tempahan Individu dan Family

Laksa Johor dan Soto Ayam Sedap

Thursday, June 9, 2016

RATU SELFIE...

Kalau baca tajuk mesti kawan ummi Khalsa Afariza (Kak Riz) dan Fairuz (Pai) akan gelak. Sebab gelaran ni dia orang yang bagi. Depa dua ni kawan rapat ummi sampai sekarang, kami kenal sebab sama - sama di KK Shah Alam. Tapi sekarang kami dah terpisah. Susah dan senang kami bersama. Hehehehe.....Jangan sedih2 yer Kak Riz dan Pai, chewahhhh.....Nak tengok tak, gambar Kak Riz dan Pai???....Jom..



Inilah KAMI. Geng gojes2 KKSA. Pai yang tengah dan Kak riz sebelah kiri Pai. Semua cantik - cantik kan. Yerlah tgk tu, ummilah paling tombam dan gumuks. Kami ni gila - gila, tp yang penting kerja tiptop dan meletop. Student selalu panggil kami ni kembar. Rindu sangat kat korang.


Yang paling win gambau nie, selfie dimana - mana. Masa ni ada jamuan raya, dan kami excited sangat dapat lagi yg teruna tue, so sampai selfie dalam lift. Ko ader???...Teruna sorang tue Nazrul namanya, hehehe...tagline dia "hitam itu menawan"..hahaha...tp dia tak teruna dah.....Rul jangan marah yer.


Ngan student pun jadi selfie. Tengok tue suka sangat selfie sampai student pun dah faham. Gara - gara selfie ummi siap beli monopod tau. Hahaha...


Lagi dan lagi selfie. Sambil berjalan pun jadi. Kat belakang tu buat penyeri gambar ye. TQ lah layan lecturer awak yang suka berselfie ni. Hahaha.


Ummi suka bergambar, pantang nampak orang pegang camera, siaplah jadi mangsa. Hahaha. Padahal bukan sebab ummi cantik ke ape ke. (gumuks is auwsome), tp cuma seronok bila dapat bergambar dan bukti pengalaman yang tidak akan dapat di mana - mana. Orite, sampai di sini..nanti sambung lagi. Babai.


Dulu dan Kini masih di Kolej Komuniti.




Ya Allah....hampir 5 tahun meninggalkan dunia blog, akhirnya diberi rezeki yang sangat kuat untuk menulis segala yg lama tersimpan dan terpendam. Alhamdulilah sekarang ummi masih di Kolej Komuniti tetapi telah bertukar ke Kolej Komuniti Kelana Jaya. Dalam masa 5 tahun pelbagai cabaran, kegembiraan, kepayahan dan kesedihan yang telah berlaku. Kalau nk cerita panjang so ummi akan cerita sedikit demi sedikit bergantung pada memori ummi ni. Maklumlah umur makin lama makin bertambah kan, hehehe. Rezeki anak masih diteruskan dan alhamdulilah sekarang telah berjaya memiliki sepasang cahaya mata comey2....hehehe..ok lah..nti sambung lagi k. Selamat Berbuka Puasa semua. InsyaAllah.

Wednesday, June 8, 2016

Puasa oh Puasa

Salam Ramadhan semua. Nak share sikit pengalaman masa bulan puasa ni bersama anak yg pertama Aanisah Syahmina. Skrg dah berumur 6 tahun, alhamdulilah. Memang kita digalakkan untuk melatih anak2 berpuasa. Itu memang betul dan sangat betul. Walaubagaimanapun jgnlah lakukannya dengan paksaan. Ummi mmg bersyukur sgt kalau Aanisah dapat berpuasa penuh sehari, namun dalam hati ni memang tidak berharap dan terpulang atas penerimaan Aanisah sendiri. Alhamdulilah setakat ini, puasa ke 4 aanisah dapat berpuasa penuh 1 hari dan lagi 3 hari x penuh sebab terliur tengok adik makan. Hehehe..So kat sini ummi nak share sikit tentang hukum kanak - kanak berpuasa.

Hukum Kanak-Kanak Berpuasa

Salah satu syarat wajib puasa itu ialah baligh. Kanak-kanak yang sudah mencapai umur baligh adalah diwajibkan ke atasnya puasa Ramadhan. Sementara kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh, tidak diwajibkan ke atasnya puasa Ramadhan dan tidak diwajibkan qadha. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Diangkatkan (dibebaskan) dosa daripada tiga (golongan): orang yang tidur sehingga dia sedar, kanak-kanak sehingga dia mimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia berakal.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Persoalannya, bagaimana pula jika kanak-kanak yang belum mumayyiz atau yang sudah mumayyiz berpuasa, adakah puasa mereka itu sah ataupun tidak?

Penjelasan hukum mengenainya adalah seperti berikut:-

(1) Kanak-Kanak Yang Belum Mumayyiz

Kanak-kanak yang belum mumayyiz ialah kanak-kanak yang tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk. Tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumayyiz. Ini kerana syarat sah bagi orang yang berpuasa itu ialah berakal dan mumayyiz.

(2) Kanak-Kanak Yang Mumayyiz

Kanak-kanak yang mumayyiz ialah kanak-kanak yang sudah tahu membezakan di antara yang baik dan buruk. Sah puasa kanak-kanak yang mumayyiz apabila ia berniat puasa di malam hari, walaupun puasa Ramadhan itu tidak diwajibkan ke atasnya.


HIKMAH TIADA NILAI

Setelah anak ummi yang pertama berumur dalam 2 tahun, so mmg berharap nak dapat sorang lagi zuriat. Alhamdulilah dengan izinNya, ummi mengandung dan disahkan oleh Klinik Kesihatan Dr. Zaini. Kalau tak silap masa tue umur ummi dah mencecah 31 tahun. Keadaan masih sama seperti mengandungkan Aanisah Syahmina dulu cume tekak tue ada rasa mual2 biase jer. Yang paling best kali ni mengandung kuat makan sangat (pada hal mmg kuat makan pun)hahaahaha. En.suami mmg lah sgt happy kan. Rutin ibu mengandung mesti x lari dari kene g checkup semua. Macam biasa baby still small dan normal. Tetapi ada satu perasaan yang x sedap dlm hati masa tue tp x tahu ape. Nak dijadikan cerita, bile waktu checkup nak masuk minggu ke-10 sepatutnya dah boleh nampak baby tapi the size is too small. Errmmm..x puas hati so decide utk pergi buat checkup kat HOSP UMRA, Shah Alam then doktor bagi ubat kuat rahim Duphaston. But lepas makan ubat tue ada kluar darah sikit. So igtkn x der ape2 lah. Sampailah satu hari, masih igt lagi masa tue ada Majlis Jamuan Perpisahan bersama salah seorang rakan pensyarah (Kak Syidah) di KK Shah Alam. Perot rasa lain, dan kaki dah seram sejuk, pinggang rasa mcm nak patah. Tp yg paling win boleh lg makan 5 cucuk satay....hahaha...so bile dah tak tahan sangat, terus call en. suami suro pick me up. Lepas tue makin sakit perot dan pinggang. Agaknya macam nielah sakit kalo bersalin normal sbb anak pertama mmg kene bersalin paksa (induce). Dalam kereta siap dah minta maaf pada en. suami, yelah risau kan kalau ada benda x baik berlaku. So sampai je kt HOSP UMRA terus jumpa doktor Sumitra then terus scan, mmg baby dah x der dan doktor ask the permission untuk buat DnC. Masa tue mmg sedih sangat but then what to do. Inilah bila Allah s.w.t telah tentukan untuk kite, siapalah kita untuk menghalang kehendakNya. Ummi x terfikir psl ummi, tp sedih sangat bile teringtkn Aanisah Syahmina yang beriya2 nak adik, hari2 cium perot...huhuhuh...kesian kan.