Wednesday, March 2, 2011

Nilai Ucapan Terima Kasih


Ummy nk story la..info ni mgkin semua sahabat pernah dengar. Ummy & suami ni memang setiap pagi dengar IKIM fm. Sbb ummy rase banyak sangat info & maklumat yg ummmy dpt.



Topik warna pagi IKIM fm..."Bercinta bertahun - tahun, berkahwin satu hari"...Menarik sungguhkan topik nie. Ramailah pendengar memberi komen masing - masing. Yerlah, kalau tgk kan zaman skrg nie majlis kahwin punyerlah grand tp jodoh tak panjang kn. Itu semua kuasa tuhan tp kite sebagai umatNya mesti berusaha agar rumahtangga yang dibina bertahan hingga akhir hayat. Ummy pn rase seriau sbb takut sangat andai ditakdirkan rumahtangga ummy tidak bertahan lama. Ya Allah jauhkanlah.Ummy bersyukur, sehingga kini rumahtangga segar dengan kasih sayang.Alhamdulilah

Menurut seorang pemanggil,petua yang sentiasa diamalkan dari mula berkahwin hingga sekarang adalah Ucapan Terima Kasih tidak pernah lekang di bibir.

Rahsia Nama Anda

Silalah...kungjungilah website nie....

Tuesday, March 1, 2011

Guardian oh Guardian...

Hai sahabat...ini kisah kawan ummy la..saje nk share n maybe boleh jd pengajaran pd sumer kawan2...hehehe...my friend dier ke guardian hendak membeli inhaler utk anknyer semput. Tp die x sure ape name ubatnyer. So she asked guardian pharmacist, tapi yg bestnyer, pharmacist tu pn x pasti then nak marah2 sbb kwn sy x sure nama ubat ape dan berulang kali suro sebut nama ubatnye...Jd kawan saya ni pn belilah...tp x pasti...x lame lepas tue, kwn ummy x sedap ati, dan die nk tukarlah. Guardian x bg tukar dgn inhaler lain tp kene cri brg lain yg nilainya sama dgn harga inhaler...
Erm....sahabat sumer, ummy ni x pernah berurusan dengan pharmacist guardian, x tau lah sahabat sumer. Tp bg ummy, x sepatutnya pharmacist tue berkelakuan begitu. Nampak sangat kurang mahir dan pakar dalam bidangnya. Entahlah kan. Walaupun tidak mahir, sopan santun tidak mengenal setinggi mana ilmu pengetahuan yang dimiliki. Soapan santun tidak kene bayar pn dan tak rugi pun kalau amalkan...

Wallahualam...

"Kemeriahan" KKCSA

KKCSA itula singkatan bagi Kolej Komuniti Cawangan Shah Alam.hehhe..Staf kt sini cume ader 5 org jer...tp meriahnya macam 50 orang..Sebenarnya, ummy kt sini baru lagi sebelum berkhidmat di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Tapi ape nak buat, ikut suami kn...KKCSA nie kami umpama adik beradik, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..(dalam ramai2 nie ummy lah yang plg berat!)...hahaha...Antara aktiviti kami buat bersama - sama :

1) Potluck - every month
2) Lunch - segerombolan lauk (hahha)...dinner ( se single lan)..
3) kayak same2
4) bowling pn sekumpulan
5) Nyanyi same2
6) Nangis same2
7) Shopping same2
8) Mengumpat pn same2...(x baik kn!)

Walaupun staf sikit tp ragam nyer macam bukan main...kepada sahabat KKCSA yang baca blog ni..mesti da faham kan...ader yg berlagak cool tp x cool pn, ader yg pandai jahit manik...ada yang gelojoh bkn main...ader yang angin semacam..ader yg sgt baik hati..ader yg ratu nangis...ader yang perasan gemuks jer...ade pandai wt sketches..ade yg pandai canvas...ade yg bijak autocad...mcm2 lah...(tidak ader yg kene dgn yg hdup mahupun tlh meninggal dunia)...

Walau apa pun, ummy suke dengan u alls sumer..sempoi dan enjoy everyday!..

Syahmina VS Syakira


Aanisah Syahmina itula nama anak kami. Namanya tidaklah seunik nama anak - anak sahabat yang lain namun ianya memberi makna yang indah. Dalam bahasa arab Aanisah maksudnya anak perempuan yang baik budi pekerti. Manakala Syahmina bermaksud cerdik atau pandai. Sahabat pernah dengar lagu Shakira yang tajuknya syahmina wakawaka?..Sebenarnya, mmg ramai yang menyiulkan lagu shakira itu bila sebut nama syahmina...bunyinya mcam ni la..'syahmina, mina, mina, eh, eh, waka, waka eh eh...'anak buah ummy sendiri suka nyanyikan lagu ni. Kelakar pn ader sebab masing - masing nk provoke ummy, kononnya nk ejek nama syahmina la..tp ummy x mrh pn sbb, dier org x tahu maksud yg sebenarnyer..hehehe...
Bile sebut pasal nama ni, hari pertama syahmina lahir, mak ummy sendiri panggil Minah sbb katanyer senang siket nak sebutnya. Mule2 susah mak ummy nk panggil, tp skrg Alhamdulilah mak dah panggil Aanisah jer....Ape2 pn ummy harap setiap sahabat panggil la anak ngan nama yang betol. Sebab namakan satu doakan. InsyaAllah, ummy akan post beberapa rahsia di sebalik nama.

Wednesday, February 23, 2011

Wanita Engkaulah Madu, Engkaulah Racun......

Erm....mesti sahabat biasa dan sering mendengar ungkapan ini kan. Madu nie memang sinonim dengan wanita. Hehehe...yelah, wanita jugalah yang bakal dimadukan atau telah dimadukan. Tapi yang paling menggeramkan adalah wanita jugalah yang menjadi racun pada kehidupan wanita lain. Ish...x faham sungguhkan. Ummy tidak berhajat untuk mengaibkan sesiapa. Ini sekadar pendapat yang rasenyer semua wanita di dunia ini perlu ketahui. Ummy ni rase bersyukur sangat dengan apa yang dimiliki sekarang nie. Walaupun ummy ni tidak secantik Aisyah si pipi Merah dan selembut Halimatusaadiah dan semulia hati Siti Khadijah, tapi ummy bahagia dengan suami yang sentiasa memberikan cinta dan kasih yang ikhlas kepada ummy. Alhamdulilah.....InsyaAllah Ummy berharap Ummy tidak dimadukan...(Ya Allah, Jauhkanlah)...dan Ummy pn tidak berhajat untuk menjadi racun...Harap dipermudahkan segalah urusan harian ummy, suami, anak serta sahabat yang dikasihi sekalian.

Salam Perkenalan


Salam Perkenalan kepada semua pengunjung blog ummy ni. Blog ini adalah bertujuan perkongsian pendapat, idea mahupun pengalaman tentang kehidupan dan impian ummy yang bergelar isteri kepada Mohd saiful Bahari dan ummi kepada Aanisah Syahmina.

Salam Perkenalan


Salam Perkenalan kepada semua pembaca blog ummydreams. Actually my nickname is Wawa. Mesti ramai kenalan sahabat semua yang bernama Wawa bukan termasuklah saya. Blog ini ummy buat sebab mahu berkongsi pengalaman dan idea tentang kehidupan saya terutamanya suami dan anak. Ummy nie tidak lah pandai berbicara mungkin adanya blog ini, maka sudilah kiranya sahabat sekalian berkongsi makluman dan ilmu pengetahuan dalam kehidupan yang serba indah ciptaan Tuhan.