Tuesday, June 14, 2016

IFTAR di Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall

Salam 10 ramadhan, cepat masa berlalu. Waktu - waktu bulan ramadhan ni ramailah pemilik atau pengusaha restoran ambil kesempatan untuk menawarkan pelbagai jenis buffet ramadhan dengan harga yang berpatutan (tapi ada yang mahal..hehehe). 

Semalam ummi berkesempatan untuk mencuba buffet iftar di Cafe Cerita Ramadhan di Anggerik Mall, Shah Alam. Kebetulan sebenarnya, sebab ummi survey untuk IFTAR KK Kelana Jaya, tup tup ummi yang rasa amat tertarik dengan harga yang ditawarkan.

Cafe Cerita Ramadhan menawarkan lebih kurang 28 menu yang sangat menarik dan tempatnya pun sangat selesa. Yang paling penting ada kemudahan surau dan selesa. Alhamdulilah. Antara menu - menu yang telah berjaya disumbat dalam perot ummi sekeluarga adalah :


  • Nasi Beriyani (ayam & daging lembu)
  • Nasi Putih bersama lauk pauk spt ayam msk merah, masak lemak nangka muda, ikan kembung berlada, ulaman, sambal belacan.
  • Laksa Johor
  • Soto
  • Kuih Muih
  • Macaroni Goreng
  • Buahan
  • Bubur
  • Kambing bakar (wajib ada)..hehe..tgk nama kedailah
Makanan yang disediakan mmg sedap dan puas hati. Rasa amat berbaloi - baloi dengan harganya. Untuk makluman semua, harga untuk dewasa adalah RM 28 sahaja dan yang paling best kanak - kanak 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!!!.... So kalau anak - anak u all 7 tahun dan ke atas, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 14 seorang. Murah kan....

Ok lah biar gambar berbicara dan kepada kawan - kawan atau kenalan ummi yang berminat bolehlah terus menghubungi no telefon yang tertera pada bunting di bawah. 


Ruangan 1 : Meja Bulat (Biasa untuk tempahan berkumpulan)

Pelbagai jenis kuih muih dan ada bubur serta buahan

Kaunter Pendaftaran

Setiap meja akan diletakkan nama penempah dan sepiring kurma

Ruangan Nasi putih + Lauk Kampung

Persiapan oleh krew Cafe Cerita Kambing

Ruangan 2 : Tempahan Individu dan Family

Laksa Johor dan Soto Ayam Sedap

No comments:

Post a Comment