Tuesday, July 19, 2016

Citra Spice Mart : Macam - macam ada

Kepada semua penggemar rempah ratus...ummi nak recommend satu mart di Brickfield, Kuala Lumpur. Memang pelbagai jenis rempah ratus dijual dan yang paling best..kebanyakkannya dibawa terus dari India. Dapat tahu kedai ni dari my offismate sebab teman dia pergi beli barang untuk buat vadey gebu.

Hadapan kedai..memang berbeza dari gambar website..ini yang terkini.
Ada yang tiada di Tesco @ Giant Hypermarket..banyak variasi serbuk rempah ratus


Kedainya besar dan label item dipaparkan tapi kene tanya sebab dalam Tamil Words.


Memang nampak fresh dan asli

Kenal x?...Buah pinang yang telah diracik2 pun ado


Sesiapa yang berminat boleh terus semak dan membuat lawatan rasmi ke website di bawah. Hihihi...




Jamuan Raya Kolej Komuniti Kelana Jaya

Makan, makan dan makan. Selagi tak habis raya, mesti nak makan selagi boleh...Macamlah habis raya dah tak makan. Hahaha....Pada 15 Julai 2016 Kolej Komuniti Kelana Jaya telah menganjurkan Jamuan Raya : Pot Luck Style yang diketuai oleh ummi lah sape lagi kan...kalau perihal makanan ni, memang tak boleh lari dari hidupku...hahaha...

Pembahagian Menu memang dibahagi sama rata, adil dan saksama...Antara menunya adalah :

  • Nasi Himpit +  Rendang Ayam Merecik
  • Lontong sedap gojes
  • Ketupat Pulut + Serunding Daging Meletop
  • Spaghetti Bolognese mengancam
  • Lemang Sado Gebu
  • Kuew Teaw Goreng enak
  • Vadey Gebu makan panas - panas
  • Brownies Cake with Ferrero Roche
  • Kek Lapis Homemade
  • Tembikai
  • Kuih Raya + Kerepek
Menu sedap yang boleh makan 10 round.....


Semuanya dimasak sendiri. Alhamdulilah walaupun tidak besar - besaran tetapu cukup mengenyangkan kerana dimasak dengan kasih sayang. 

Bersama my kakak Timb. Pengarah yang menten cun
Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis...Tuan Pengarah
Alhamdulilah menu yang amat sedap dari warga KKKJ


Sebelum makan kita meeting dulu okey!..Botol tupperware tue pun enter frame sekali.


Air.....air...air...tokey air dah buka kedai..air memang torbaik....Sambil diperhatikan oleh tokey serunding daging (tidak bersongkok).

Terima kasih di atas kerjasama kawan - kawan semua. Insyaallah tahun depan jamuan raya kita kasi meriah dan pecah panggung...hahaha





Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau tak silap hari ini 19 Julai (Raya 14). So sekarang ni mesti banyak rumah2 terbuka untuk dimakan. Opppppsss, bukan makan rumah k. Hahahaha.... Dah lama tak update so ari ini nak lah kemaskini gambar raya yang sangat meriah!!!!..Meriahlah sangat.

Apa yang best tahun ini sebab ummi beraya kat kampung sendiri, Melaka Bandaraya Bersejarah. (Nasib baik dapat bodek Encik Suami, I Love u lah!). Hari ahad dah balik Melaka sebab nak tolong mak abah buat persiapan raya. Abah dah uzur sangat, memang kasihan so rasa tanggungjawab yang terlalu tinggi membuatkan nak balik awal. Sebenarnya memang rasa sedih sebab mak memang akan berhempas pulas untuk buat yang terbaik setiap kali raya, walau dah dihalang untuk berkemas2 dan bersiap ala kadar tapi mungkin dah biasa, kami layan kan saje. Orang melaka memang suka berkemas. Betul ke?....Kalau betul angkat tangan sape orang Melaka.. Hahaha.

Bersama abah dan emak di Pagi Raya 2016. Mmmuuuaaahh!!!!

Biasanya aktiviti di pagi raya kami akan buat food preparation dan lepas solat sunat aidifitri kita bersalaman bersama adik beradik dan ipar duai dan yang paling penting ngan abah mak lah. Adik beradik umi 4 orang, semua dah kawen. So, meh sini nk introduce adik beradik yang super duper encem dan gojes.

Dari Kiri : Kaklang, Along, Angah, Moksu (paling comey)...hikhik
Along dan Kaklang dari Klang, Angah dari JB dan Moksu dari Shah Alam Peace Yo!!!.. Hehe...Inilah kami berempat. Jarak antara kami jauh2 so kami ni boleh dikategorikan adik beradik yang skema skemon walau kadang2 mulut masing2 laser tahap maksimum!.Gaduh mulut itu perkara biasa... Sekarang nak kenalkan my ipar duai yang meletop!!...

Dari Kiri : Paklang, Makngah (Mak Kina), Kaklong & Poksu (paling encem!!)..

So kalau tengok gambar ni yang paling over tue mesti dah tahu siapa kan. Hahaha..Jangan marah ye kak ngah ku (mak kina)...Tapi semuanya baik hati body..hahaha...Paklang (terlebih peramah) dan Mak Kina (terlajak comey) orang Melaka. Kaklong (tokey Avon) org Tepeng dan Poksu (Kaki Pancing) orang Jowo Tjg Karang...Tapi rumah yang paling bersih, boleh di gredkan sebagai rumah tanpa habuk adalah rumah Kaklang dan Kaklong sebab tagline mereka adalah "Mop di tangan"..hahaha...tp apa2 pun rumah mak kina yg paling glamor..haha..rumah umi pun best gak sebab yang paling tinggi antara rumah depa semua..hahaha..Ko hado...

Ok lah raya tahun ini, kebetulan kami semua bertemakan biru. Memang tidak berjanji dan tidak disengajakan sebab family ummi memang buat kepala masing2 kalau bab baju raya ni. Cuma tahun ini, tema warna sama (good instinct) maybe. Nah tgk gambar kat bawah ni, sambil tue boleh baca caption yang boleh gelak guling2..


My happy family..si adik tue x nak bangun sebab malu katenye..adoi...hilang gojes umminyer...(gojes ke?)
Ni trend raya berdiet sbb tak boleh makan ketupat & rendang, mangga pun jadilah.. (credited to Mangga Rumah Mak Teh)

Abg iparku yang menunjukkan cara2 petik buah mangga...mcm dah selalu jer buat..hahaha..


Ini Maklang (kakak emak)...pandai wefie..bagus2...x sia2 buat kursus pendek..tp kalau cakap ngan maklang ni, kene cakap kuat2...(faham2 jer lah)..tp maklang mmg rajin mengemas....(adik beradik sama jer)

Cantik tak?...mestilah cantik..my niece is still single and available...do contact me for more details..hahaha (jangan marah na Aziera)

Bajet hensemlah konon...yang ini pun single gak, bolehlah cuba2 nak masuk line tp bukan yang bersongkok tu. Kalau nak gak yang bersongkok tue, bolehlah cuba, nanti kaklong kawasan (mak kina) kasi tapau....hahaha..
2 orang ni adik beradik susuan....ibu susunya adalah ummi sendiri. Aanisah Syahmina 3/8/10...Alif Firas 13/8/10..bezanya cuma 10 hari dan sama2 berpantang dengan kaklang...
My niece Ayuni, selalu curi2 selfie guna hp Oppo F1 Ummi tau....yg kt bklg tue pantang ade camera, nak enter frame ajo.....hahaha
Wefieeee....bila dah jumpa geng cousin...inilah aktiviti mereka...macam2 gaya...tp comey2 semuanya... dari kiri : Afza Firzana, Aanisah Syahmina, Nur Aina Ilyanie
Memang menang bergambau...tp yang paling vogue bergambar sape?...cuba teka?...
Inilah keluarga Abu Bakar Saidin & Yang Pon Binti Chinta...Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2016 semoga kekal bahagia selamanya. Insyaallah..Aamin