Setelah anak ummi yang pertama berumur dalam 2 tahun, so mmg berharap nak dapat sorang lagi zuriat. Alhamdulilah dengan izinNya, ummi mengandung dan disahkan oleh Klinik Kesihatan Dr. Zaini. Kalau tak silap masa tue umur ummi dah mencecah 31 tahun. Keadaan masih sama seperti mengandungkan Aanisah Syahmina dulu cume tekak tue ada rasa mual2 biase jer. Yang paling best kali ni mengandung kuat makan sangat (pada hal mmg kuat makan pun)hahaahaha. En.suami mmg lah sgt happy kan. Rutin ibu mengandung mesti x lari dari kene g checkup semua. Macam biasa baby still small dan normal. Tetapi ada satu perasaan yang x sedap dlm hati masa tue tp x tahu ape. Nak dijadikan cerita, bile waktu checkup nak masuk minggu ke-10 sepatutnya dah boleh nampak baby tapi the size is too small. Errmmm..x puas hati so decide utk pergi buat checkup kat HOSP UMRA, Shah Alam then doktor bagi ubat kuat rahim Duphaston. But lepas makan ubat tue ada kluar darah sikit. So igtkn x der ape2 lah. Sampailah satu hari, masih igt lagi masa tue ada Majlis Jamuan Perpisahan bersama salah seorang rakan pensyarah (Kak Syidah) di KK Shah Alam. Perot rasa lain, dan kaki dah seram sejuk, pinggang rasa mcm nak patah. Tp yg paling win boleh lg makan 5 cucuk satay....hahaha...so bile dah tak tahan sangat, terus call en. suami suro pick me up. Lepas tue makin sakit perot dan pinggang. Agaknya macam nielah sakit kalo bersalin normal sbb anak pertama mmg kene bersalin paksa (induce). Dalam kereta siap dah minta maaf pada en. suami, yelah risau kan kalau ada benda x baik berlaku. So sampai je kt HOSP UMRA terus jumpa doktor Sumitra then terus scan, mmg baby dah x der dan doktor ask the permission untuk buat DnC. Masa tue mmg sedih sangat but then what to do. Inilah bila Allah s.w.t telah tentukan untuk kite, siapalah kita untuk menghalang kehendakNya. Ummi x terfikir psl ummi, tp sedih sangat bile teringtkn Aanisah Syahmina yang beriya2 nak adik, hari2 cium perot...huhuhuh...kesian kan.
Selepas keguguran pertama, masih lagi terus berusaha untuk tambah zuriat. So tahun 2012 mengandung sekali lagi. Ujian untuk kali kedua, masih keguguran dan DnC buat kali kedua. Sebenarnya punca keguguran mungkin sbb rahim ummi x kuat dan bukan rezeki ummi lagi masa tue. Perasaan mmg fobia sangat dan takut untuk cuba mengandung lagi. Keguguran kali kedua ni, seminggu sebelum raya, meaning dalam bulan puasa. Mmg ujian yang berat tp ummi dan suami berlapang dada yang teramat sangat. Allah nak beri rezeki yang lebih baik. Masa orang lain sebuk mkn ketupat dan rendang, ummi dok tgk jer sambil telan air liur sbb tempoh berpantang gugur mmg kene jaga betul2. Consult dengan Dr. Ummul dari Hosp UMRA then satu je dia ckp "kalau x cuba, mmg x kan tambah zuriat sbb Allah s.w.t tue maha adil."
No comments:
Post a Comment