Wednesday, June 8, 2016

Puasa oh Puasa

Salam Ramadhan semua. Nak share sikit pengalaman masa bulan puasa ni bersama anak yg pertama Aanisah Syahmina. Skrg dah berumur 6 tahun, alhamdulilah. Memang kita digalakkan untuk melatih anak2 berpuasa. Itu memang betul dan sangat betul. Walaubagaimanapun jgnlah lakukannya dengan paksaan. Ummi mmg bersyukur sgt kalau Aanisah dapat berpuasa penuh sehari, namun dalam hati ni memang tidak berharap dan terpulang atas penerimaan Aanisah sendiri. Alhamdulilah setakat ini, puasa ke 4 aanisah dapat berpuasa penuh 1 hari dan lagi 3 hari x penuh sebab terliur tengok adik makan. Hehehe..So kat sini ummi nak share sikit tentang hukum kanak - kanak berpuasa.

Hukum Kanak-Kanak Berpuasa

Salah satu syarat wajib puasa itu ialah baligh. Kanak-kanak yang sudah mencapai umur baligh adalah diwajibkan ke atasnya puasa Ramadhan. Sementara kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh, tidak diwajibkan ke atasnya puasa Ramadhan dan tidak diwajibkan qadha. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Diangkatkan (dibebaskan) dosa daripada tiga (golongan): orang yang tidur sehingga dia sedar, kanak-kanak sehingga dia mimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia berakal.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Persoalannya, bagaimana pula jika kanak-kanak yang belum mumayyiz atau yang sudah mumayyiz berpuasa, adakah puasa mereka itu sah ataupun tidak?

Penjelasan hukum mengenainya adalah seperti berikut:-

(1) Kanak-Kanak Yang Belum Mumayyiz

Kanak-kanak yang belum mumayyiz ialah kanak-kanak yang tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk. Tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumayyiz. Ini kerana syarat sah bagi orang yang berpuasa itu ialah berakal dan mumayyiz.

(2) Kanak-Kanak Yang Mumayyiz

Kanak-kanak yang mumayyiz ialah kanak-kanak yang sudah tahu membezakan di antara yang baik dan buruk. Sah puasa kanak-kanak yang mumayyiz apabila ia berniat puasa di malam hari, walaupun puasa Ramadhan itu tidak diwajibkan ke atasnya.


No comments:

Post a Comment